Friday, May 18, 2012

Kisah Jiran Sebelah

Rakan sebelah datang sambil membawa naskah surat khabar semalam 

Dia  :  Adiputra nak bercerai ngan wife dia. Wife dia dh banyak kali pregnant n gugur. Perempuan takde anak      ni memang kadang2 MEROYAN. I selalu baca blog TTC kawan2 i. I rasa dorg tu mcm meroyan je.

Aku :  (Tahan airmata).

Moral of the story : Nasib baik aku tak meroyan depan dia. Kalau tak habis rambut dia ku carik2.

Monday, September 19, 2011

The infertile journey part II

Hye uolls...

Baiklah kita sambung pulak cite pasal treatment seterusnya. pas dah buat treatment kat DEMC dan buat 2x IUI di situ, rasa dah kekeringan duit, maka kami suami isteri pun discuss punya discuss akhirnya kitorg pon terus call dan set apoinment di LPPKN . mak aih bukan senang tau nak dapatkan date apoinment. tapi masa tu maybe rezeki, aku kol je then nurse kata dtg in 2 weeks. alhamdulillah. dipermudahkan segala. masa tu bulan 2-3, 2011 LPPKN tgh renovate so masa aku kol tu just nice je dorg baru siap segala.

hari tu hari jumaat, sampai sana terus naik tingkat 6. masa tu x jumpa doc lagi. just interview by the nurse. cite la sume bende kan termasuk la dalam kain sume kena bagitahu ye kawan2. contohnya berapa kerap bersama seminggu, sakit tak n etc...

dah siap interview amik darah pulak laki bini.aku ok je. cumanya my hubby tu badan je beso tp jarum kecik tu kemain lagi takutnya. ok dah settle amik darah nurse suh turun dulu g minum kat kantin level 2. tak ingat dah nape masa tu.

tengah2 makan tetiba brother kantin tu jerit nama aku. terkezut kejap. mana bro ni tau nama aku. glammm ke daku ni. heheheh...

rupa2 nya klinik level 6 kol, nurse suh kami naik sekarang doc nak jumpa. pelik aih, 1st day dtg dah bleh jumpa doc? tulah rezeki namanya yer! oh ye, masa datang tu kitorg ada bw result HSG dari DEMC tu. bila doc tengok, dia kata "apa kata u repet balik test ni". aduhaaiiiii.... aku pon jawab " doc, saya rasa tak sanggup la nak buat. sakit masa tu."

pujuk punya pujuk akhirnya aku pon mengalah. ok2 aku buat. tu pun lepas doc cite pasal doc kat tawakal ni yg memang terer bab HSG ni. kalau kat hosp lain x dapat buat, dia mesti boleh buat punya. baiklah, lalu aku pun bersetuju dan kena kol tawakal pulak set appoinment.

oh lupa nak cerita, doc aku namanya Dr Hamizah. katanya dia memang bagus. aku akui la dia memang bagus bab memujuk aku.. hehehe. she's very nice lady. boleh borak apa2 pon ngn dia. cite tak berkaitan dgn kerje lagi suka. mr hubby plak suka cerita pasal motor dengan dia. dia pon melayan aje sebab hubby dia pon minat motor. kadang2 borak tu lupa plak ramai lg patient tgh nunggu turn... hehehe.... sori ye. bukan apa tu sume nak ilangkan stress. taukan org infertile ni byk mende nak pikir dalam kepala hotak ni kan... kadang2 rasa mcm kena jmp psychiatric je...

nak tunjuk skit kad apoinment LPPKN plak.


Kat situ kan ada nama Dr Hamizah.

Sunday, September 18, 2011

The infertile journey

Perhhh... tajuk pun dah menakutkan...

Seperti yang saya bagi tahu sebelum ni, tujuan saya buat blog ni adalah untuk berkongsi tentang perjalanan saya mendapatkan zuriat.
Saya telah pun berkahwin hampir 5 tahun dan sebelum ni tak pernah pun merasa nikmat mengandung… *sob*… pun begitu saya takkan putus asa… usaha lagi yeah!!
Sekarang ni pikir punya pikir apa yang saya nak tulis ek… ok lah saya mulakan dulu sejarah treatment saya ye…
Saya mula2 dapatkan treatment pada 2008 di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Mula2 tu sesaja nak jumpa doctor xde org suruh pun… tu pun setelah hampir 2 thn  kawin. Masa tu tak rasa tertekan apa pun sebab kami ni dok berjauhan. So peluang nak dapat anak tu saya  rasa macam kurang sikit… hehehe.
                                                    
Ha ni la kad apoinment nye... dah lusuh okey! kad yg thn 2008 tu dh hilang. so buat la kad baru ni.



Masa mula2 rawatan kena pergi sendiri maklumla xde sape nak hantar. Suami pun jauh. Takpe2.
Mula2 ingatkan rawatan sikit2 amik ubat bolehlah pregnant. Rupa2 nya tak semudah itu ye kawan2. Dari 1 appoinment ke 1 appoinment. Dari situ mula jadi stress. Tak sangka pulak saya ni tak boleh pregnant. Adoi masa tu tension sangat.
Dulu masa baru2 kawin ada jugak dengar kawan2 ofis yg takde anak. Masa tu takde la nak amik pot sangat. Rupa2 nya baru tau this infertile thing can cause a lot of other issues, i.e STRESS lerr…
Kemudian saya buat 2x IUI di situ. Namun tak berjaya juga.  Akhirnya stop sekejap sebab keciwa. Kemudian tahun 2010 bila husband kerja sini for good kami pun decide nak teruskan treatment. Tapi di tempat yg lain pula sebab dah kekurangan budget. Di mana? Nanti la saya ceritakan…


Testing 1, 2, 3

salam,

first time ada blog sendiri. selama ni hanya baca blog orang je.

blog ni saya ingin jadikan jurnal saya untuk menceritakan tentang perjalanan saya dalam mendapatkan zuriat.

harap ada yang sudi kongsi pengalaman.